Rindu Yang Terbuang

 

Kita pernah bertemu di Taman ini
bicara seindah pelangi dan kembang mewangi
menghembus bicara selembut bayu
mengirim rasa sehangat rindu
menyimpul hati membelai kasih

Kita sempat bertemu di batasan ini
mengukir harapan seindah impian
memanjat salam pada semilir
biarpun pengap angin bersilih lalu

Di taman dan di batasan ini
aku tidak pernah pudar rindu
aku tidak pernah hilang harapan
biarpun pucat segala kenangan


hanya satu kupohon
izinkan aku dalam ihsanmu
meskipun murkamu tanda kasihmu
atau biarkan kufana' dalam dakapanmu
bagaikan rindu yang terbuang

Tingkap Kayu..Tingkap Kaca





Berdirilah sendiri..
biarpun  menggapai bintang
senyumlah diri....
biarpun pesona manisnya senyuman
menangislah sendiri..
biarpun untuk yang lain
jujurlah hati..
biarpun lidah menyintai hati lain
lihatlah halaman
biarpun harum kembang di taman
lihatlah realiti
biarpun mimpi tidak seindah impian
Bercerminlah diri
biarpun ingin mempesonakan
terimalah hakikat
biarpun makrifat diharap
terimalah takdir
biarpun  mukjizat dinanti
tingkap kayu ..tingkap kaca
tetap berbeza dalam persamaan 
ibarat empunya diri dan bayang

Mantera kehidupan

Mantera kehidupan, terselit seribu makna yang tersirat disebalik yang tersurat. tanpa rasa dan  makrifat, kita akan tersesat jauh dari niat. Disulam pantang , disimpul  petua , tujuan harus seiring niat ..kelak menjadi ampuh segala hajat. Pun begitu ..masih jua ada yg terkapai dan tersesat ..tersungkur dimakan sumpah dan janji. Lalu menjadi abdi kepada diri sendiri tanpa ditemukan jalannya pulang. Sedangkan hakikat semakin jauh dari makrifat..menjadi berhala kepada diri sendiri..bertuhankan diri..menentukan takdir sendiri. Mantera yang penuh rahsia, hanya sebait kata yang penuh makna..diseru dan dipuja dengan pundak keyakinan dan harapan. Mantera yang penuh rahsia..penuh berliku dan tersirat..hanya yang berani dan yakin, hanya yang kental dan faham tujuan..hanya yang bersuci niat dari subahat..mampu melepasi ujianNya.

Perempuan Seorang Ibu



 
Perempuan adalah satu-satunya keajaiban yang paling hebat ciptaanNya. Perempuan adalah fenomena yang begitu indah yang tercipta untuk melengkapkan kehidupan dan kewujudan ini. Terciptanya dengan  kesempurnaan dan kesenian yang sangat halus. Dia yang Maha Bijaksana, menciptakan perempuan untuk sentiasa mampu beradaptasi dengan sebarang tekanan dan keadaan. Perempuan.adalah seorang penurut yang taat jika itu yang dikehendaki. Perempuan adalah seorang pengasih jika itu yang dipinta. Perempuan adalah juga seorang yang paling kejam jika itu yang diajarinya. Betapa hebatnya seorang perempuan yang mencetuskan kehidupan dan keberadaan kewujudan ini ..segalanya bermula hanya dari sifat HAWAnya yang sentiasa berkehendak menurut seadanya. Segalanya juga hanya bermula dari fitrah seorang perempuan .. KASIH SEORANG IBU

Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
mencetus kehendak..
memintal impian..
menganyam kasih ..
menggunungkan harapan..
dan mematri janji untuk sebuah kehidupan dan kewujudan 

yang bakal dilahirkan.
Justeru kehidupan dan kewujudan itu bermula dari fitrah 
KASIH SEORANG IBU



Perempuan dengan fitrah   KASIH SEORANG IBU,
menggadai nyawa demi kehidupan dan kewujudan itu
Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Mengasuh dan mendidik dengan jari kasihnya 

demi kehidupan dan kewujudan itu
Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Menitiskan kasih selaut rindu demi kehidupan dan kewujudan itu

Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Mengandai nasib dihujung tanduk 
kerana kehidupan dan kewujudan itu
Perempuan dengan fitrah FITRAH KASIH SEORANG IBU
Menitis darah dan air mata kerana kehidupuan dan kewujudan itu
Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Mengharap belas dan ihsan kerana kehidupan dan kewujudan itu
Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Mengharap pengertian dan kewujudannya kerana kehidupan dan kewujudan itu


Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Masih setia mencetus kehendak..
memintal impian..
menganyam kasih ..
menggunungkan harapan..
dan mematri janji 
untuk sebuah kehidupan dan kewujudan yang dilahirkan. 
Justeru bagi seorang perempuan Fitrah kebeningan kasih seorang ibu adalah terlalu suci untuk dinistakan



Perempuan dengan fitrah KASIH SEORANG IBU
Hormatku tidak pernah hilang untukmu
Sanjungku tidak pernah lenyap untukmu
Kagumku tidak pernah pudar untukmu
Dan..
kasihku tidak pernah sirna untukmu



Terima Kasih ..Terima Kasih...Terima Kasih
Terima Kasih Perempuan 




Yang Hidup..Yang Mati



Sesungguhnya hidup dan mati ada nilainya. Namun ramai yang memilih mati untuk mendapatkan yang mati. Sedangkan ramai yang wewenang hidup untuk mendapatkan yang hidup. Indah akhlak dan budi adalah  kehidupan yang terpancar dari kejernihan hati melalui nurNya.Rupa indah dan perkasa jasad..nikmat harta dan darjat adalah  kematian yang terlahir dari permukaan kehidupan. Kehidupan dan kematian adalah sumpahan abadi kewujudan ini.

Pergorbanan..Perjuangan dan Ikhlas





Sebesar-besar pengorbanan adalah bersyukur dengan nikmatNya...dan sebesar-besar perjuangan adalah bersabar dengan ujianNya dan sebesar-besar ikhlas adalah redha dengan Af``alNya

Pesanan buat teman




Seorang teman bertanya kepadaku..apakah nasihat terbaik untuknya..

Apakah yang harus dikatakan si Marhaen ini..melainkan setulus pesan buat seorang teman. kelak jangan diikuti  rasa hati ..tidak juga berdiam diri..cuba lakukan segalanya dengan tenang dan sabar.. insyaAllah Dia sentiasa ada untuk kamu .Bukan soal kebodohan atau kepandaian tidak juga kehodohan atau kecantikan..atau kekayaan dan kemiskinan ..kerana keikhlasan tidak menilai rupa dan darjat justeru kasihNya melepasi sempadan rasa dan jasad

Antara harumnya Bunga dan Bisanya Duri

Ermmm ..seorang teman pernah berkata ~ble ati ku mule berbicare pasti yg kuar ayat berbunge2..TAPI ble mulut ku ingin bersuare pasti kau trase pedihnye..!!!.. 
erm..ada benarnya kata teman tu.Hati dan lidah memang tidak pernah seiring.Sebab bila hati berbicara adalah harumnya bunga.Namun bila lidah berbicara adalah durinya bunga...

Tuhan tidak pernah tidur



Mungkinkah Tuhan mengerti betapa terlalu banyak hati yang perlu diisi..jika benar..mengapa masih wujud keluhan dan rintihan dari kita hingga berputus asa dengan pilihan dan takdirnya. bukankah Tuhan tidak pernah tidur ? atau mungkinkah kita meminta pada tempat yang salah...

Antara Lidah dan Hati


Memang adakalanya hati kita tidak sekuat lidah untuk berkata-kata. Namun wajah juga tidak setulus hati untuk menidakkan...kunyah dan telan semua rasa yang ada..kelak akan sebati dan mematangkan kehidupan yang ada..

Hitam ..Putih dan Pelangi


Hidup ini memang indah. Namun jangan terpedaya dengan indahnya pelangi kerana sesungguhnya hitam dan putih adalah hakikat kewujudan . Pun begitu, tiada kelabu antara kedua-duanya.